Wednesday, March 11, 2009

HASRAT KAMI...



Haji Abdul Rahim dan Hajjah Siti Noor


“Dan serulah kepada manusia bagi mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang binatang yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.” (Al-Hajj:27)


Hasrat mengerjakan haji dalam usia yang muda adalah salah satu agenda saya dan suami setelah kami mengerjakan umrah. 2003 saya pergi bersama ayah dan emak coz time tu masih status bujang lagi hehe..2005 suami (dah kahwin pula) pelawa untuk ke Tanah Suci lagi bersama keluarga suami. Syukur rezeki Allah berikan kepada kami tak terhingga tapi Allah Maha Mengetahui segalanya, saya tidak dapat pergi kerana atas sebab-sebab tertentu. Maka sekembalinya suami dari umrah kami ke Tabung Haji untuk mendaftar haji. Dugaan masa pendaftaran amat menguji kesabaran kami.


Buku Akaun Simpanan Tabung Haji



Hasrat mendaftar di Tabung Haji Seremban tidak dapat dilaksanakan kerana pagi dan petang sistem off-line…sedih tapi ada hikmah disebaliknya (mungkin). Keesokkan hari kami ke Tabung Haji Jalan Ipoh (la nie Tabung Haji Maju Junction) Alhamdulillah semuanya selesai. Dengan pendaftaran haji sebanyak RM**** seorang kami dapat giliran pada tahun 2014. APA 2014!! Ya Allah masihkan sempat usia aku dan suami pada tahun itu ??Persoalan dihati. Namum dalam hati gembira tak terkira akhirnya kami merancang sesuatu ke arah Ibadah Haji tersebut...perjalanan haji kami sudah bermula.


”Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah” (Surah al-Baqarah, ayat 196)


Raya Aidil Fitri 2007 menjelang tiba, perasaan ingin mengunjungi Baitullah sering menjadi igauan mimpi. Kerap kali dibayangi Lambaian Kaabah..Sering bercerita kepada suami mengenainya. Begitu juga suamiku yang merasai panggilan Lambaian Kaabah yang membuat kami sepakat untuk pergi mengerjakan haji 2008.Terima kasih suamiku kerana memahami hasrat isterinya yang berazam ke Tanah Suci dalam tahun 2008.


March 2008, kami memulakan kursus haji bersiri di Surau Al-Furqan Putrajaya. Walaupun pada waktu itu kami tidak tahu apa status kami. Dugaan pada waktu ini, anak kecil Atikah Nabilah dan Muhammad Aqil

ditinggalkan di rumah bersama pembantu rumah yang kami kenang jasanya..Erma Supendi . Walaupun kamu tiada lagi bekerja dengan kami jasamu tetap kami kenang..Terima kasih dari ibu dan bapak. (sedih mengalir air mata ketika mengingat saat menghadiri kursus haji ini). Berkat kesabaran kami selesai menghadiri kursus bersiri, kursus Intensif di Masjid Saidina Uthman Ibn Affan R.A, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur dan Kursus Perdana di Masjid Putra, Putrajaya.



Kursus Perdana, Masjid Putra, Putrajaya






2 comments:

  1. teruja bace kisah akak,sayu je...

    ReplyDelete
  2. kuat semangat akak & suami....xtau lg mcmana pulak semangat mama emran ni kalau ada rezeki nnt....

    ReplyDelete