Thursday, May 28, 2009

MRI

Hari ini seharian di Pusrawi Kuala Lumpur. Siapa sangka hari ini kita sihat esok lusa kita tidak mengetahuinya. Semuanya sudah tersurat. Kesakitan yang kualami akhirnya menyebabkan kuberada di Pusrawi. Temujanji dengan Pakar Bedah Ortopedik Pusrawi Doktor Ismail Maulut. Doktor menyarankan untuk membuat MRI untuk mendapatkan keputusan kepada sakit yang kualami.


Bergambar setelah selesai menjalani ujian MRI. Mula-mula bila tengok keadaan bilik ujian seronok. Dimaklumkan saya akan berada selama 30 minit di dalam terowong ini. Senyum lagi tu tetapi bila di berada di terowong tersebut rasa macam hendak menjerit minta tolong. Pertama, terasa seperti sesak nafas ibarat oksigen yang biasa kita sedut selalu tidak diperolehi. Kedua, datang perasaan seperti di alam kubur. Masa itu mulut terkumat-kamit membaca apa yang diingat. Walaupun belum berada di alam kubur tapi ujian MRI ini menakutkan saya. Cuma bezanya saya masih berada di alam nyata ialah saya masih dapat mendengar RMKL kerana saya dibekalkan dengan earphone bagi mengelakkan bunyi yang terhasil semasa ujian.



Info mengenai MRI yang sempat saya ambil. Memang saya diuji untuk "Bone and Joints". Itulah sakit yang kualami sejak 10 tahun yang lalu. Keputusan ujian akan diperolehi esok maka esok ke PUSRAWI lagi.
Next week, temujanjiku di PrimaNora TTDI. Harapan semoga "ok' dengan keputusan rawatan di sana supaya saya boleh berada di pejabat untuk MS ISO 9001:2008. Semangat membara untuk diaudit hehehe..

Monday, May 25, 2009

HAJ AT A GLANCE ( 1 )

Flight of fancy: Towering skyscrapers near Masjidil Haram is what one could only fancy a couple of decades ago.


It's tent-amount to crime: Despite stringent measures in place, some unregistered Hajis manages to sneak into Mina.

Height of devotion: Reading holy verses at Mt. Arafat.

Careful while giving care: Imagine how hard is the job of this ambulance driver. Every hour, he has to face the challenge of reaching the injured or sick without hurting pilgirms.

Unwinding: Every worker is tired due to a heavy load of work.


An photos by Muhammad Ali, Marwan Al-Johani, Salman Al-Marzouki, Thamer Al-Faraj, Khader Al-Zahrani, Adnan Mahdali, Ahmad Hashad and Abdullah Al-Muwallad.

Arab News; Friday December 12, 2008

Friday, May 22, 2009

HEBAHAN UMUM


Hebahan umum untuk semua. Sesiapa yang mempunyai siaran Astro bolehlah menonton program dari Dr Hj Ridzwan Bakar. Dapatkan tip-tip menjadi Tetamu Allah diusia muda. Dapatkan juga koleksi buku ini.

TAG lagi..



homework kedua dari emy pun lewat juga. Koleksi gambar kawin yang penuh kenangan. Majlis perkahwinan tersebut pun penuh dengan kenangan. Masih teringat lagi saat-saat menjadi suri kepada Abdul Rahim Ahmad. Segak bergaya cik abgku semasa ini. Dengan izinNya kami disatukan pada 08.08.04.

Kenapa gambar ini dipilih? Cuba u all perhatikan apakah silapnya. Silapnya ketika memotong kek yang ditaja oleh Puan Suhaida (kakak ipar). Setelah empat tahun baru perasan kami memotong pada tingkat atas sekali hehehe.. rasanya kena potong dari bawah kan. Tapi nasib kek tidak jatuh yer. So inilah gambar yang "the best" ada kenangan selain pengantin berdua "handsome" dan "cute".

Ok emy..setellll kerja rumahku ini...

PERTAMA KALI KENA TAG

sorry lambat buat homework nie..first time kena tag. kena tag dr raziah
so inilah hasil kerjaku memerah otak dalam keadaan "angin perubahan" di JTMK ini hehehe

4 names that friends call U:
- noor
- sit
- siti
- ct N

4 most important dates in your life:
- 03/03/74 (besday kekanda)
- 07/05/76 (my besday)
- 21/10/05 (besday atikah)
- 03/01/07 (besday aqil)

4 things you've done in the last 30 minutes:
- kumpul file utk MS ISO
- reading blogs
- breakfast
- call my mum

4 ways to be happy:
- stay at home with family
- baca buku
- solat tengah malam
- baca quran

4 gifts you would like to receive:
- laptop (doa.. this coming saturday boleh dapat)
- tiket g umrah ramadhan ini
- baju dan tudung muslimah
- electronic mobile alquran

4 of your favourite hobbies:
- reading
- window shopping
- travelling
- "melenakan mata" dengan aman tenteramnya

4 places you want to go for vacation:
- Dubai
- paris
- australia
- korea

4 things always found in your bag:
- handphone
- keys
- wallet
- "oral B"

Top 4 u love so much:
- ayahanda dan bonda n la nie mak mertua ler
- abg kakak adik ipar duai semuanya
- kekandaku
- anakanda tercinta

Top 4 things 'special' for you:
- rumahku syurgaku
- alquran
- wpk 173
- 070576

Top 4 who you would like to answer this survey:
- cik zarina
- cik zetty
- cik nadia
- mr mael


boleh tahan gak nak jawap semua2 ini...ok

Monday, May 18, 2009

Desak TH turunkan tambang haji

KUALA LUMPUR 17 Mei – Tabung Haji (TH) digesa menimbangkan semula keputusan menaikkan kadar tambang 11 peratus untuk musim haji tahun ini.

Kebanyakan pihak termasuk orang ramai menyifatkan kenaikan itu agak membebankan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Md. Saleh Md. Ahmad berkata, berikutan suasana ekonomi sekarang agak membebankan rakyat, TH perlu mempertimbangkan kenaikan tersebut.

‘‘Kenaikan ini agak membebankan bagi mereka yang berpendapatan rendah, sekarang ini semua kos telah meningkat,’’ katanya ketika dihubungi di sini.

TH dalam kenyataannya kelmarin mengumumkan, kadar bayaran tambang tahun ini akan dinaikkan sebanyak 11 peratus berikutan peningkatan kos yang tidak dapat dielakkan.

Ini bermakna bakal jemaah akan dikenakan bayaran sebanyak RM9,980 seorang berbanding RM8,973 ketika ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna (FOMCA), Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, kenaikan perlu berpatutan sekiranya ia tidak dapat dielakkan.

‘‘TH perlu menimbang semula kadar ini dan kalau boleh beri subsidi kepada mereka yang berpendapatan rendah,’’ katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Lembah Klang mendapati kenaikan itu mendapat reaksi negatif daripada orang ramai.

Seorang pembantu tadbir Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Norani Salleh, 52, menyifatkan kenaikan tersebut terlalu tinggi.

‘‘Sepatutnya jika jika tidak boleh dielakkan, naikkan sedikit demi sedikit,’’ katanya.

Seorang kakitangan awam, Mek Rogayah Hamzah, 53, juga tidak bersetuju bayaran tambang itu dinaikkan berikutan kegawatan ekonomi sekarang.

‘‘Tabung Haji sepatutnya memahami kesusahan rakyat yang terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang semakin tinggi,’’ katanya.

Pemilik kedai pakaian, Kamal Bahari Abd. Rashid, 41, pula berkata, kadar tambang tersebut tidak sepatutnya dinaikkan berikutan keadaan ekonomi yang masih tidak stabil.

‘‘Perkhidmatan menunaikan haji sepatutnya tidak dijadikan sebagai perniagaan. TH sepatutnya membantu mereka yang ingin menunaikan haji,’’ katanya.

Pemilik sebuah restoran, Zarina Abdul Hamid, 37, juga berpendapat, kadar baru itu tidak munasabah.

Tuesday, May 12, 2009

HARI YANG DITUNGGU

30.11.2008 selepas solat Asar saya dan suami akan berangkat ke Kompleks Haji di Kelana Jaya bagi KT 94/2008. Adik-beradik pun sudah berkumpul di rumah dan kami sempat solat berjemaah bersama-sama. Tidak ketinggalan jiran-jiran, saudara mara serta kenalan-kenalan kami datang menziarahi kami. Syahdu sangat kerana Tetamu Allah diraikan sedemikian rupa. Bagi mereka yang memahami keadaan kami, jauh atau dekat, sms serta panggilan telefon menjadi medium untuk turut bersama-sama kami merasai perjalanan haji itu. Dalam kegembiraan, hati ini `terusik’ dengan kata-kata seseorang . Mungkin atas kelewatan saya memaklumkan pemergiaan kami itu maka kami dikatakan sedemikian rupa walaupun mereka sekeluarga maklum hal ini. Bukan kami hendak lari ke Mekah tapi kami di Jemput Menjadi Tetamu Allah untuk mengerjakan haji. Pohon kemaafan dari jauh.Mungkin ini satu ujian.



Ayahanda mendoakan perjalanan kami

Atikah menangis



Keluarga

Atikah dan Aqil leka bermain hanya sesekali meminta susu.(sedihnya hendak coretkan bab ini). Memang seronok mereka bermain tanpa menghiraukan kami ini.

Tepat jam 5petang, saat kami melangkah. Ayah membaca doa dan adik melaungkan azan. Selangkah-selangkah kami menuju ke kereta adik saya.. Atikah dan Aqil berpisah dengan kami seketika. Dengan penunjuk GPS maka perjalanan kami menjadi lancar cuma seketika diuji lagi dengan kesesakan lalu lintas Utara Selatan dekat Nilai Utara. Kemalangan baru berlaku.Kereta memasuki ruang tempat kereta di dalam kawasan utama Kelana Jaya. Rezeki Tetamu Allah. Kami dilayan oleh petugas Tabung Haji (Puan Fazilah kalau tidak silap). Setelah selesai urusan di Kelana Jaya barulah kami mendapatkan ahli keluarga kami yang turut bersama di situ. Paling seronok keluarga suami yang meraikan adik bongsunya (suami saya ler tu) mengerjakan haji. Di saat akhir itu Abg Din (abg suami yang sulung) yang baru menjalani pembedahan sampai tepat jam 8.30malam bersama anaknya Sofi. Maka genaplah sembilan orang berkumpul di Kelana Jaya. Atikah dan Aqil masih leka dan seronok bermain bersama sepupunya.
Kaum keluarga pihak suami

Melangkah masuk ke Dewan Besar, Komplek Haji Kelana Jaya

Selesai solat maghrib kemudian isyak serta solat sunat ihram. Tepat jam 9 malam kami melangkah ke ruang berlepas di Kelana Jaya. Saat ini yang paling syahdu. Bersalam-salaman terakhir bersama ibu bapa , adik beradik dan kaum keluarga yang lain.Suami menegaskan saya agar kuatkan hati ketika memeluk Atikah dan Aqil. Masih terbayang wajah mereka yang kehairanan dalam kesedihan melambai-lambai kami. Selamat tinggal semua. Doakan perjalanan haji kami ini semoga kami mendapat haji yang mabrur.

Jemaah di bawa berkumpul di dewan untuk taklimat penerbangan. Segala urusan penerbangan sudah selesai di Kelana Jaya sebelum bertolak ke KLIA dengan menaiki bas dan diiringan polis. Terima kasih semua. Perjalanan tanpa gangguan memasuki balai berlepas di KLIA. Pesawat Saudi Airlines sedia menanti untuk menerbangkan kami ke Tanah Suci yang mengambil masa lebih kurang sembilan jam untuk sampai terus ke Jeddah , Mekah.

Makluman untuk bermiqat menyedarkan kami dari lena walaupun tidak dapat lena takut terlepas untuk miqat. Jemaah Haji perlu bermiqat untuk Haji Ifrad ataupun Haji Tamatuk sebelum masuk ke Mekah. Pramugari Saudi Airline memaklumkan Miqat adalah jam 5 lebih sepuluh. Pening juga kerana pramugarinya orang Indonesia. Mana satu yang betul Jam 450pagi atau 510pagi. Itulah gangguan komunikasi seketika.kelakar tapi hati-hati.silap nanti kena dam.


Tidak sangka dapat tempat duduk "bisness class". Tidak ramai sebab itu takut terbabas nak bermiqat.

Thursday, May 7, 2009

07.05.09

Hari ini 070509, genap umur ku yang ke 33 tahun. APA 33 tahun?? Macam tak percaya tapi kena juga mempercayai juga. Bermakna 7 tahun lagi ke angka 40. Alamak kena bersedia untuk kekal anggun. Jom kawan-kawan kita ke Nona Roguy!!

Sambutan!!! nak kata umur begini tidak perlu sambutan tidak patut juga. Cuma rancangan dihati ada tapi tidak kesempatan waktu. Rancang hendak ke Menara Kuala Lumpur untuk makan malam tapi hari-hari lain pun boleh juga Tuan Haji Rahim bawakan. Jawapannya hanya tiada sambutan pada tarikh yang sebenar sahaja heheheh..

Hadiah !!hari lain pun sudah dapat macam-macam . Baru balik dari Langkawi dan sudu idaman dihati pun dah dapatkan. Air Asia pun siap bagi gift voucher RM****. Apa nak buat dengan voucher ini yer!!Jawapannya Jom Jalan Jalan.

Maka apa yang lain dari yang lain yeerr!!Tapi yang paling best..makan ler. Apalagi tempat biasa dikunjungi...Taman Warisan Pertanian. Kebetulan memang guna Highway KL-Putrajaya untuk pulang ke Puncak Jalil maka singgah terus di Putrajaya petang tadi. Makanan di sini sedap amat dan tempat pun BERSIH. Seronok sangat bila berada di Taman Warisan Pertanian. Kerap kesini sebab dekat dengan rumah.

Mesti ada buat hajat kan?heheheh. Memang ler. Jauh disudut hati berdoa selalu supaya diri ini sentiasa di rahmati olehNya, dilimpahi dengan rezeki yang halal, mempunyai suami yang beriman,berilmu dan beramal,anak-anak yang soleh dan solehan, dipermudahkan kerja serta segala urusan dunia dan akhirat, amal ibadat diterima olehNya dan macam-macam hajat ini. Teringat sewaktu berada di tempat mustajab ketika berada di Mekah, Allah memudahkan saya untuk berada di Multazam, di bawah Pancur Emas, di Maqam Ibrahim dan yang lain untuk saya bermunajat. Peluang itu saya guna dengan sebaik mungkin. Rasa ingin terbang kesana lagi supaya hajatku ini dimakbulkan olehNya.

Impian di hati ingin menjadi seorang muslimah yang sejati (chewah..tapi target tu),menjadi ibu yang mithali (harapan penuh impian, menjadi isteri yang solehah (boleh ker). Tapi kalau tanam impian tanpa usaha pun tidak juga bergunakan!!Maka pesanan khas untuk Hajjah Siti Noor, fikir-fikiranlah yang terbaik untuk diri anda sendiri ok!!


SELAMAT HARI JADI HAJJAH SITI NOOR HAMZAH