Tuesday, May 12, 2009

HARI YANG DITUNGGU

30.11.2008 selepas solat Asar saya dan suami akan berangkat ke Kompleks Haji di Kelana Jaya bagi KT 94/2008. Adik-beradik pun sudah berkumpul di rumah dan kami sempat solat berjemaah bersama-sama. Tidak ketinggalan jiran-jiran, saudara mara serta kenalan-kenalan kami datang menziarahi kami. Syahdu sangat kerana Tetamu Allah diraikan sedemikian rupa. Bagi mereka yang memahami keadaan kami, jauh atau dekat, sms serta panggilan telefon menjadi medium untuk turut bersama-sama kami merasai perjalanan haji itu. Dalam kegembiraan, hati ini `terusik’ dengan kata-kata seseorang . Mungkin atas kelewatan saya memaklumkan pemergiaan kami itu maka kami dikatakan sedemikian rupa walaupun mereka sekeluarga maklum hal ini. Bukan kami hendak lari ke Mekah tapi kami di Jemput Menjadi Tetamu Allah untuk mengerjakan haji. Pohon kemaafan dari jauh.Mungkin ini satu ujian.



Ayahanda mendoakan perjalanan kami

Atikah menangis



Keluarga

Atikah dan Aqil leka bermain hanya sesekali meminta susu.(sedihnya hendak coretkan bab ini). Memang seronok mereka bermain tanpa menghiraukan kami ini.

Tepat jam 5petang, saat kami melangkah. Ayah membaca doa dan adik melaungkan azan. Selangkah-selangkah kami menuju ke kereta adik saya.. Atikah dan Aqil berpisah dengan kami seketika. Dengan penunjuk GPS maka perjalanan kami menjadi lancar cuma seketika diuji lagi dengan kesesakan lalu lintas Utara Selatan dekat Nilai Utara. Kemalangan baru berlaku.Kereta memasuki ruang tempat kereta di dalam kawasan utama Kelana Jaya. Rezeki Tetamu Allah. Kami dilayan oleh petugas Tabung Haji (Puan Fazilah kalau tidak silap). Setelah selesai urusan di Kelana Jaya barulah kami mendapatkan ahli keluarga kami yang turut bersama di situ. Paling seronok keluarga suami yang meraikan adik bongsunya (suami saya ler tu) mengerjakan haji. Di saat akhir itu Abg Din (abg suami yang sulung) yang baru menjalani pembedahan sampai tepat jam 8.30malam bersama anaknya Sofi. Maka genaplah sembilan orang berkumpul di Kelana Jaya. Atikah dan Aqil masih leka dan seronok bermain bersama sepupunya.
Kaum keluarga pihak suami

Melangkah masuk ke Dewan Besar, Komplek Haji Kelana Jaya

Selesai solat maghrib kemudian isyak serta solat sunat ihram. Tepat jam 9 malam kami melangkah ke ruang berlepas di Kelana Jaya. Saat ini yang paling syahdu. Bersalam-salaman terakhir bersama ibu bapa , adik beradik dan kaum keluarga yang lain.Suami menegaskan saya agar kuatkan hati ketika memeluk Atikah dan Aqil. Masih terbayang wajah mereka yang kehairanan dalam kesedihan melambai-lambai kami. Selamat tinggal semua. Doakan perjalanan haji kami ini semoga kami mendapat haji yang mabrur.

Jemaah di bawa berkumpul di dewan untuk taklimat penerbangan. Segala urusan penerbangan sudah selesai di Kelana Jaya sebelum bertolak ke KLIA dengan menaiki bas dan diiringan polis. Terima kasih semua. Perjalanan tanpa gangguan memasuki balai berlepas di KLIA. Pesawat Saudi Airlines sedia menanti untuk menerbangkan kami ke Tanah Suci yang mengambil masa lebih kurang sembilan jam untuk sampai terus ke Jeddah , Mekah.

Makluman untuk bermiqat menyedarkan kami dari lena walaupun tidak dapat lena takut terlepas untuk miqat. Jemaah Haji perlu bermiqat untuk Haji Ifrad ataupun Haji Tamatuk sebelum masuk ke Mekah. Pramugari Saudi Airline memaklumkan Miqat adalah jam 5 lebih sepuluh. Pening juga kerana pramugarinya orang Indonesia. Mana satu yang betul Jam 450pagi atau 510pagi. Itulah gangguan komunikasi seketika.kelakar tapi hati-hati.silap nanti kena dam.


Tidak sangka dapat tempat duduk "bisness class". Tidak ramai sebab itu takut terbabas nak bermiqat.

1 comment:

  1. Salam. Tahniah dengan perjalanan ini. Moga kesan Haji ke atas kehidupan akan terus membara dan mampu memberi tempias positif kpd masyarakat. Menaiki business class adalah salah satu nikmat bagi tetamu Allah. Salam ukhuwah untuk suami

    ReplyDelete