Thursday, May 28, 2009

MRI

Hari ini seharian di Pusrawi Kuala Lumpur. Siapa sangka hari ini kita sihat esok lusa kita tidak mengetahuinya. Semuanya sudah tersurat. Kesakitan yang kualami akhirnya menyebabkan kuberada di Pusrawi. Temujanji dengan Pakar Bedah Ortopedik Pusrawi Doktor Ismail Maulut. Doktor menyarankan untuk membuat MRI untuk mendapatkan keputusan kepada sakit yang kualami.


Bergambar setelah selesai menjalani ujian MRI. Mula-mula bila tengok keadaan bilik ujian seronok. Dimaklumkan saya akan berada selama 30 minit di dalam terowong ini. Senyum lagi tu tetapi bila di berada di terowong tersebut rasa macam hendak menjerit minta tolong. Pertama, terasa seperti sesak nafas ibarat oksigen yang biasa kita sedut selalu tidak diperolehi. Kedua, datang perasaan seperti di alam kubur. Masa itu mulut terkumat-kamit membaca apa yang diingat. Walaupun belum berada di alam kubur tapi ujian MRI ini menakutkan saya. Cuma bezanya saya masih berada di alam nyata ialah saya masih dapat mendengar RMKL kerana saya dibekalkan dengan earphone bagi mengelakkan bunyi yang terhasil semasa ujian.



Info mengenai MRI yang sempat saya ambil. Memang saya diuji untuk "Bone and Joints". Itulah sakit yang kualami sejak 10 tahun yang lalu. Keputusan ujian akan diperolehi esok maka esok ke PUSRAWI lagi.
Next week, temujanjiku di PrimaNora TTDI. Harapan semoga "ok' dengan keputusan rawatan di sana supaya saya boleh berada di pejabat untuk MS ISO 9001:2008. Semangat membara untuk diaudit hehehe..

4 comments:

  1. harap² akak sihat ...takut kan masuk dalam kapsul tu...lin penah tgk masa ayah lin wat ujian MRI ni

    ReplyDelete
  2. aik...ida ingat akak buat kat pantai..pusrawi dh ada MRI dh yer...

    moga keputusan yg mgembirakn kay...

    ReplyDelete
  3. mak ngan adik zt pun penah buat MRI ni.. diaorg ckp takut dok dlm tu.. sama2 la kita doakan keputusannya ok :)

    ReplyDelete