Friday, June 5, 2009

PUSRAWI

Semalam dengan semangat yang membara datang ke pejabat untuk menjadi "auditi" sempena MS ISO 9001:2008 akhirnya PUSRAWI tempat kutuju. Sakit yang kutahan sejak pagi tidak berjayaku menanggungnya lagi. Lina menelefon suamiku untuk datang segera menjemputku. Terima kasih Lina tapi jangan habaq akak menangis semalam. Semalam juga birthday Lina so Happy Birthday To You. Terima kasih Kak Zah juga yang sempat memberi nasihat untuk saya berehat.
Setelah mendapat rawatan di unit kecemasan dan direhatkan sementara menunggu Doktor Marsita Mansor. Doktor yang sama merawat saya di PrimaNora Medical Center. Akur dengan keputusan rawatan oleh Doktor Marsita saya bersetuju menjalani pembedahan. Ini kali kedua Doktor mensyorkan saya menjalani pembedahan. Kali pertama saya tundakan atas sebab saya baru 3 hari pulang dari mengerjakan haji dan mempunyai masalah pada cuti.


Hari ini saya sudah mula berpuasa. Insyaallah jam 130 petang Jumaat ini saya menjalani pembedahan. Doakan saya. Salam sayang untuk semua.

7 comments:

  1. saya doakan akan semoga selamat & cepat sembuh...

    ReplyDelete
  2. lin tq..senang dtg ler sini tp hr nie tak dpt lg terima tetamu coz operation jam 130pm then rest dulu heheh...

    ReplyDelete
  3. pusrawi dekat ngan umah lin....
    insyallah esok ke lin datang..

    sabar yer..

    akak sebesar mane fibroid tu erk??

    ReplyDelete
  4. kak,awat x habaq,smlm g tgk anak faidsal kt pusrawi,klu tau leh trus lawat akak...moga akak cpat sembih ek,kuatkan smangat tau...

    ReplyDelete
  5. salam..
    kak, camne agaknya pembedahan akak ni kan?
    semoga ia berjalan lancar..

    akak, bole x akak, msg kat saya no.wad & tkt berapa?

    ni num saya 0173429895

    ReplyDelete