Tuesday, June 30, 2009

Syukur

Assalamualaikum semua. Hari ini berpeluang bersama "buah hati" (laptopku) ini. Semangat sikit kerana ada urusan penting hendak dibuat. Mencari pembantu rumah dengan kadar segera dan murah. Murah bersesuaian dengan bakal "kerenah" di kemudian hari bersama pembantu rumah yang AGEN tidak merasai heheh..Nasib sebelum ini dapat pembantu rumah yang boleh dibanggakan tapi jodoh tidak lama, cukup kontrak tidak hendak sambung lagi. Dengan keadaanku sekarang, saya amat memerlukan kembali pembantu rumah. Siapa-siapa yang boleh bantu harap hulurkan bantuan anda.



Cuti @ MC atau cuti sakit yang sedang saya lalui sekarang. Rasa boring pun ada gak tapi kalau segera kembali ke pejabat, badanku belum kembali pulih. Kalau kawan-kawan ajak pergi JAKEL nampak gayanya "hai-hai bye-bye" sajalah. Luka pembedahan nampak baik tapi dalam tidak ketahui lagi. Cuma sekarang sakit ususku yang terpaksa ditempuhi lagi. Menu harian saya BUBUR NASI, SUSU dan air suam. Tekak mengidam macam-macam tapi apakan daya ususku tidak boleh menerimanya lagi. Tapi kalau hendak cuba makan yang lain boleh, silap-silap ke hospital ler saya. Sakit weiiii!!! terkenang sakit hari tu lagi. Rasa 50-50 sahaja. Badanku kurus?? Semua risau dengan keadaanku. Emak yang menangis melihatku yang sedang amat-amat sakit dulu kini boleh tersenyum kembali. Ayah siap beli roti babu dan sedekah kepada jemaah surau dan jiran kerana bersyukur saya dapat keluar hospital jua dan boleh bersama keluarga kembali. (sedih oooooiiii saat ini kalau....)



Panjang pula coreten ku ini. Tengah free daripada gangguan anak-anak hehe..ok sehingga berjumpa kembali

3 comments:

  1. kak n...happy denga akak dh semangat semula....jg diri elok2 okies... ;-)

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah akak dah semakin baik... akak jaga diri bebaik ekk.. makan pantang.. nanti cepat baik.. rindu ngan akak.. muahh :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah akak dah semakin baik... akak jaga diri bebaik ekk.. makan pantang.. nanti cepat baik.. rindu ngan akak.. muahh :)

    ReplyDelete