Friday, July 17, 2009

BIG APPLE

Rezeki Allah datang tanpa disangka. Idida kawan pejabat datang menghantar kad bersama sekotak donut BIG APPLE. Sekembali dari mesyuarat di Putrajaya.


Anak-anak yang seronok sangat dapat makan donut. Atikah minta makan di KFC petang ini tapi ayah Atikah belum balik dari berkursus di PNB Darby Park. Dua hari mereka tidak berjumpa dengan ayah mereka.

Buat Idida, terima kasih daun keladi, ada lagi hantar kesini lagi.

LAMBAIAN KAABAH..

Pengalaman mengerjakan haji diteruskan setelah lama berehat. Musim haji 2009 kian menghampiri terasa cepat sangat masa berlalu. Rindu bebenar untuk kesana lagi...




Kami selamat tiba di lapangan terbang Jeddah. Terkejar-kejar masa untuk mengerjakan solat Subuh dengan keadaan yang ramai. Kemudian menyelesaikan segala urusan di lapangan terbang. Alhamdulillah semuanya mudah dan kami segera ke tempat transit menanti ahli jemaah lain selesai urusan mereka. Ketika itu kami semua sudah dalam keadaan berihram maka "berhati-hati" nanti kena dam.


Di hadapan Hotel Al Quds Mekah. (gambar diambil ketika menunggu bas ke Madinah).Hotel yang mengambil masa lebih kurang 10-15 minit ke Masjidil Haram atau 600meter. Tidak disangka dengan kemudahan dan keselesaan yang diberikan oleh pihak Hotel dan Tabung Haji semasa berada di Hotel ini. Pekerja hotel yang sering melaungkan "sampah sampah sampah" (bunyi Melayu pelat Arab) masih kedengaran.


Keadaan di Dataran Kaabah. Berjuta-juta manusia telah berkumpul menanti hari wukuf lebih kurang enam hari. Terperanjat juga dengan keadaan tapi hati kami yakin yang teramat bahawa Allah akan memberi ruang kepada kami juga. Alhamdulillah setiap melakukan tawaf kami sentiasa ada ruang di hadapan Kaabah.

Gambar bersama rakan-rakan sebilik di Hotel Durrat Al Quds KT94. Maaf koleksi bersama rakan sebilik semasa penerbangan ke Malaysia buat masa ini.

Hajjah Zaleha

Hajjah Sharifah

Umi@ Hajjah Che Siah

Hajjah Faridah

Suami dan rakan-rakan sebilik di Hotel Durrat Al Qudss.

Haji Rahim (suami), Haji Asraruddin, Haji Mohammad Fadhlee, Haji Abdul Samad, Haji Mahamd Adikan

Thursday, July 16, 2009

Rumahku Syurgaku

Syukur Alhamdulillah kini telah kembali ke teratak kami di Puncak Jalil...rumahku syurgaku. Walaupun hari pertama melangkah rasa hendak pengsan melihat "tongkang pecah". Saya juga perlu memahami tugas suamiku pun sibuk juga ulang-alik Kuala Lumpur-Seremban jadi manalah ada masa untuk mengemas. Bagi menyelesaikan keadaan, saya menelefon Agensi Pembersih Rumah JR Bubble House Cleaning House. Dengan dua pekerja yang dibekalkan untuk bertugas selama empat jam keadaan rumah kembali sediakala. Lantai licin bersinar hehehhe...

Cuti sakit yang masih berbaki ini saya gunakan untuk bersama-sama keluarga serta mengembalikan kesihatan saya ke tahap yang terbaik. Tidak dinafikan sihat dan sakit itu anugerah Allah. Banyak perkara yang saya rasa apabila "nikmat" sihat itu diambil seketika. Betullah ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Apa yang saya mampu hanya berdoa dan memohon padaNya kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Insyaallah, saya akan kembali bertugas pada 3 Ogos 2009.





Sunday, July 5, 2009

SEPETANG BERSAMA

Seronok hati ini dapat berjumpa dengan Ustazah "glamour" iaitu Ustazah Siti Nor Bahyah di Dewan Merak Kayangan Felda. Kebetulan menanti suami selesai solat Jumaat sebelum menghantar saya ke Pusrawi untuk "check up". Mungkin ini rezeki saya. Gembiranya hati.