Thursday, July 16, 2009

Rumahku Syurgaku

Syukur Alhamdulillah kini telah kembali ke teratak kami di Puncak Jalil...rumahku syurgaku. Walaupun hari pertama melangkah rasa hendak pengsan melihat "tongkang pecah". Saya juga perlu memahami tugas suamiku pun sibuk juga ulang-alik Kuala Lumpur-Seremban jadi manalah ada masa untuk mengemas. Bagi menyelesaikan keadaan, saya menelefon Agensi Pembersih Rumah JR Bubble House Cleaning House. Dengan dua pekerja yang dibekalkan untuk bertugas selama empat jam keadaan rumah kembali sediakala. Lantai licin bersinar hehehhe...

Cuti sakit yang masih berbaki ini saya gunakan untuk bersama-sama keluarga serta mengembalikan kesihatan saya ke tahap yang terbaik. Tidak dinafikan sihat dan sakit itu anugerah Allah. Banyak perkara yang saya rasa apabila "nikmat" sihat itu diambil seketika. Betullah ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Apa yang saya mampu hanya berdoa dan memohon padaNya kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Insyaallah, saya akan kembali bertugas pada 3 Ogos 2009.





3 comments:

  1. salam kak Siti N....Xsabar nk tunggu akak kembali ke office..Rindu rasanya kat akak..hiihihih...

    arap akak cepat sembuh ...

    Lin nk balik kelantan minggu depan ni..ada nk pesan apa²?hihihih

    ReplyDelete
  2. x sbr nk jmpa akak.. hope akak da pulih spenuhnya :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...akak msuk kje time tu anak sy da 1thn...hehehe...

    ReplyDelete