Sunday, August 30, 2009

@ LCCT - KL / Alor Setar

Seronoknya dapat balik Kedah lagi bulan ini. Minggu pertama balik naik kereta dan minggu lepas sambut cuti panjang balik lagi dengan Air Asia. Ucapan terima kasih kepada Air Asia kerana memberi perjalanan "percuma" kepada kami tahun ini. Bersama kami, Husna anak buah suami turut gembira dengan Atikah dan Aqil menaiki yang memang dari pagi tidak sabar-sabar naik Air Asia.


Aqil dan Kak Husna


Seriusnya Aqil..dok memikirkan dia bakal pilot kot suatu hari nanti

Atikah bersama ayah

Budaya membaca tidak dilupakan

Friday, August 21, 2009

Kesian Aqil...

Aqil demam ler pulak..alahai anak emak yg sorang ini. Mak baru sahaja sampai pejabat sudah kena patah balik ke Taska. Panas yang tinggi memaksa emak membawa Aqil ke Pusrawi Anjung Felda walaupun di DBKL ada perkhidmatan klinik. Ini kerana ingin merujuk kembali rekod demam Aqil semula. Bimbang sekiranya berlaku yang tidak diingini. Emak Aqil akhirnya pasrah juga kerana seminggu tidak ke klinik maka dikesempatan yang sama menerima rawatan. Dua beranak terpaksa diambil darah. Esok Sabtu Insyaallah dapat keputusanya. Aqil yang "relax" ketika darahnya.

Friday, August 14, 2009

Al-Fatihah buat mu Ustaz Asri....

PERGI TAK KEMBALI
Dendangan : Rabbani

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Tuesday, August 11, 2009

Wukuf di Arafah

Kami diminta bersiap sedia untuk bertolak ke Arafah dimana perjalanannya mengambil masa lebih kurang sejam. Semua Jemaah kelihatan bersemangat untuk menjalani kemuncak kepada ibadah haji ini. Wukuf di Arafah bermula dari gelincir matahari hari ke sembilan Zulhijjah hingga terbit fajar pagi hari kesepuluh Zulhijjah. Syukur Alhamdulillah perjalanan bas kami dipermudahkan olehNya Risau juga kalau diuji dalam perjalanan ini.

Keadaan di Arafat juga selesa bagi saya dan suami. Khemah kami berdekatan serta dekat dengan beberapa keperluan asas. Kelihatan juga jemaah haji Pakej Haji Swasta yang sama-sama dalam keadaan pakaian, warna, tempat serta kemudahan yang sama. Disini dugaan haji itu . Dengan cuaca yang sejuk pada malamnya kami sedaya upaya menahan mata semata-mata mengisi masa berada di Arafah dengan pelbagai aktiviti seperti solat wajib, solat sunat, membaca Al-quran serta berzikir.

Waktu Wukuf menjelma, saat-saat keinsafan datang meresapi jiwa ini. Doa yang dibaca oleh Ustaz Kamarudin mengamit kesyahduan sayu di hati seiring menginsafi atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Ya Allah sungguh saat itu hanya Engkau yang mengetahui keadaan kami. Air mata bercucuran membasahi pipi. Disaat itu kenikmatan merasai Wukuf tidak dapat saya gambaran.Suasana yang sama dengan niat yag sama memohon keampunan dari Allah. (Tips: Segeralah bagi yang berkemampuan untuk menunaikan Haji untuk merasai serta menjiwai saat ketika itu)Ya Allah ampunilah kami dan terimalah Haji kami ini.Menangis semahu-mahunya ketika ini mengenangkan nasib seakan-akan di Hari Pembalasan. Semua manusia dikumpulkan dalam keadaan yang datang dari pelbagai rupa bentuk. Pada saat coretan ini ku menginsafi akan keadaan diri ini yang cuba berusaha merubah keadaan. Dugaan dalam kehidupan seharianku ketika ini hanya Allah yang tahu. Biarlah Allah yang menilai diriku ini kerana KPI Allah itu tiada siapa yang boleh menidakkannya.

perasaan berkobar menuju ke Arafah

tua muda miskin kaya menuju perjalanan yang sama

suasana di Arafah

Sunday, August 2, 2009

Floria 2

Seharian di Putrajaya bersama keluarga di Pesta Floria 2009. Hati ini teruja dengan keindahan bunga-bunga yang terdapat di taman-taman ciptaan Floria. Anak-anak seronok walaupun dalam keadaan kami sekeluarga "demam". Sekalung Tahniah kepada Anstech Services Sdn Bhd. kerana kejayaan anda menguruskan acara ini.


Berbual dengan Dr Hajjah Hayati DBKL




Putrajaya Floria 2009


PUTRAJAYA FLORIA 2009
(PUTRAJAYA FLOWER AND GARDEN FESTIVAL 2009)

PUTRAJAYA FLORIA, the Putrajaya Flower and Garden Festival will be organised once again in Putrajaya, Malaysia. The 9 day fiesta will commence on 1st August until 9th August 2009.PUTRAJAYA FLORIA 2009 is an international event that is hosted by Perbadanan Putrajaya (Putrajaya Corporation) and the Ministry of Federal Territories. This year’s theme ‘Celebration of Colours’ reflects the exciting and vibrant colours of flowers and plants. Arranged and landscaped in various settings with dedicated locations for photo opportunities, the intertwining flowers and foliage will create a magnificent medley of colours aimed to enthrall visitors. It is hoped that the festival shall inculcate in visitors a respect for nature, love for colours, flowers, plants and gardening.Covering an area of 15 acres, there will be so much to see and do. There will be many programmes and activities for visitors to choose from. At night all the attractions will be lit up with lights that give a spectacular view of the flowers and gardens which blend well with the lights from the buildings, structures and bridges of Putrajaya. Some of the attractions at FLORIA 2009:

Floria Showcase Gardens
School and University Show Gardens
NGO’s Gardens
Corporate Gardens
Kiddy Floral Garden
Floral Pavilion
Special Orchids Highlight
Garden Bazaar
Hort Mart

ADMISSION IS FREE

DATE :1st-9th August 2009
VENUE :Waterfront Precinct 2, Putrajaya
VISITING HOURS:Monday-Thursday 9.00am-10.00pm
:Friday-Sunday 9.00am – 12.00 midnight