Tuesday, August 11, 2009

Wukuf di Arafah

Kami diminta bersiap sedia untuk bertolak ke Arafah dimana perjalanannya mengambil masa lebih kurang sejam. Semua Jemaah kelihatan bersemangat untuk menjalani kemuncak kepada ibadah haji ini. Wukuf di Arafah bermula dari gelincir matahari hari ke sembilan Zulhijjah hingga terbit fajar pagi hari kesepuluh Zulhijjah. Syukur Alhamdulillah perjalanan bas kami dipermudahkan olehNya Risau juga kalau diuji dalam perjalanan ini.

Keadaan di Arafat juga selesa bagi saya dan suami. Khemah kami berdekatan serta dekat dengan beberapa keperluan asas. Kelihatan juga jemaah haji Pakej Haji Swasta yang sama-sama dalam keadaan pakaian, warna, tempat serta kemudahan yang sama. Disini dugaan haji itu . Dengan cuaca yang sejuk pada malamnya kami sedaya upaya menahan mata semata-mata mengisi masa berada di Arafah dengan pelbagai aktiviti seperti solat wajib, solat sunat, membaca Al-quran serta berzikir.

Waktu Wukuf menjelma, saat-saat keinsafan datang meresapi jiwa ini. Doa yang dibaca oleh Ustaz Kamarudin mengamit kesyahduan sayu di hati seiring menginsafi atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Ya Allah sungguh saat itu hanya Engkau yang mengetahui keadaan kami. Air mata bercucuran membasahi pipi. Disaat itu kenikmatan merasai Wukuf tidak dapat saya gambaran.Suasana yang sama dengan niat yag sama memohon keampunan dari Allah. (Tips: Segeralah bagi yang berkemampuan untuk menunaikan Haji untuk merasai serta menjiwai saat ketika itu)Ya Allah ampunilah kami dan terimalah Haji kami ini.Menangis semahu-mahunya ketika ini mengenangkan nasib seakan-akan di Hari Pembalasan. Semua manusia dikumpulkan dalam keadaan yang datang dari pelbagai rupa bentuk. Pada saat coretan ini ku menginsafi akan keadaan diri ini yang cuba berusaha merubah keadaan. Dugaan dalam kehidupan seharianku ketika ini hanya Allah yang tahu. Biarlah Allah yang menilai diriku ini kerana KPI Allah itu tiada siapa yang boleh menidakkannya.

perasaan berkobar menuju ke Arafah

tua muda miskin kaya menuju perjalanan yang sama

suasana di Arafah

No comments:

Post a Comment