Thursday, September 24, 2009

"Hadiah" Raya

Syawal tahun kedua ku sambut dengan "kurantin" di rumah sahaja. Selepas mendapati ianya akan berlarutan, kami nekad pulang ke Puncak Jalil semalam. Semalam juga dalam sejarah saya memandu kereta dari utara ke selatan walaupun tidak 100% tapi bantuan yang dihulurkan membuatkan kami selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah.


Syawal lepas 2008 Aqil, kini ayahnya pula Haji Rahim demam campak. Dugaan bagiku kerana saya tidak berpeluang untuk beraya di Seremban lagi. Sedihnya tidak terkata. Semangat raya yang sememangnya tidak lahir sepenuh hati sebelum ini berterusan hingga hari ini. Walaubagaimanapun kami bersyukur kerana di beri kemenangan sempena Ramadan yang baru berlalu disamping dapat berpeluang bersama-sama keluarga di Syawal ini. Harapan semoga kami semua dapat berpeluang berjumpa Ramadan lagi di tahun yang akan datang.


tangan Hj Rahim yang sudah kemerahan

Monday, September 21, 2009

10 jam

10 jam memandu dari Kuala Lumpur ke Alor Setar. Perjalanan yang tidak kurasai ketika kemuncak Haji. Perjalanan haji kami penuh keselesaan. Walaupun jutaan jemaah haji dari pelusuk dunia tapi Allah memudahkan segalanya bagi kami.

Kesesakkan jalan raya ini bermula dari Tanjung Malim . Makluman awal dari "Call Center" LLM tidak mematahkan semangat pulang ke kampung (tapi dalam hati ingin rasanya U-Turn dan beraya di Seremban). Pemanduan yang berhemah oleh Haji Rahim akhirnya kami selamat tiba di kampung Alor Setar. Pada saat coretan ini ditulis kedengaran siren bomba,polis dan ambulan lalu lalang di jalan utama (rumah kami tepi jalan utama). Entah apa yang berlaku kami kurang pasti. Hanya bersyukur perjalanan kami selamat walaupun penuh dugaan.







Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin dan berhati-hati di jalan raya.


Nota: Mulakan perjalanan dengan solat sunat musafir serta diiringi doa serta dendangan bacaan Al-quran serta zikir. Insyaallah perjalanan di berkati olehNya.

Friday, September 18, 2009

Ceria di Aidilfitri


Pelita di letak di atas para,
Hendak dinyalakan di tepi perigi
diucapkan Selamat Hari Raya
Tanda ingatan di Aidilfitri
Maaf Zahir Batin.


Lokasi : Tempat Melontar Jamrah

Wednesday, September 9, 2009

Ku Menanti kedatanganmu....

Salam.

Antara amalan terbaik dilakukan pada 10 malam terakhir Ramadan ialah:
# Melakukan solat sunat Rawatib, Tarawih dan sunat lain.
# Memperbanyakkan berdoa seperti “Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka ampunkan aku”.
# Membaca, mempelajari dan mengkaji al-Quran kerana hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim menyatakan: “Jibril menemui Nabi Muhammad SAW pada setiap malam Ramadan dan bertadarus al-Quran”
# Berzikir menyebut nama Allah, firman Allah SWT, “Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam dirimu (hatimu) dengan penuh perasaan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara keras pada waktu pagi dan petang, dan janganlah engkau sampai dikira orang yang lalai.”(Al- A’raf :205).
# Memperbanyakkan sedekah kepada kaum kerabat dan fakir miskin. Hadis riwayat Bukhari Muslim menyatakan Nabi Muhammad SAW paling pemurah membuat kebajikan lebih-lebih lagi pada Ramadan ketika Baginda SAW dikunjungi Malaikat Jibril.
# Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan kerana ini cara terbaik untuk menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang, sebaliknya memberi rangsangan untuk melakukan perkara yang disuruh. Diharap dengan beriktikaf akan ditemui lailatul qadar kerana ia berlaku pada 10 malam terakhir. Disebut dalam kitab Fath al-Qadir daripada Aishah r.a. berkata “Apabila masuk 10 hari terakhir Ramadan, Nabi banyak berjaga kerana ibadah, Baginda membangunkan keluarganya mengasingkan diri daripada isterinya.”
# Qiamullail iaitu bangun beribadat pada malam hari. Kelebihannya seperti difirman Allah Taala bermaksud “Dan bangun pada sebahagian daripada malam serta kerjakan “sembahyang Tahajud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji.” (al- Isra’: 79)

Tuesday, September 1, 2009

Sedap Rasa macam Tak Percaya..

Nasib sempat naik Air Asia pagi Isnin kerana salah tengok waktu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Patutnya 830 pagi tapi suami melihat pada ketibaan di LCCT KL pula jam 930pagi. Haru kalau kena tinggal kapal terbang heheh daripada naik free tidak pasal-pasal kena bayar pula. Kemudian ambil kereta yang kami tinggalkan di LCCT terus ke Pasar Borong Selangor. Dalam perjalanan telefon dan buat jemputan kepada kakak-kakak suami untuk berbuka di rumah kami. Sempat cari resepi semasa tunggu suami beli lauk dan sayur hehehe.

Inilah masakkan pertama yang istimewa sempena Ramadan tahun ini. Walaupun jarang masak tapi hasilnya sungguh membanggakan(masuk lif tekan sendiri heheh). Ringkas dan cepat serta mudah. Ambil masa untuk membersihkan lauk-lauk yang dibeli sahaja kemudian tumis segala bahan-bahannya. Menu saya ialah sambal udang, rendang sotong dan pengat pisang dengan mee sanggul. Pengat ini saya guna gula melaka asli tau serta mee sanggul yang dibeli dari IKS maka sah JAKIM HALAL.Kepada yang berminat kepada Gula Melaka yang asli dan mee sanggul bolehlah menghubungi saya ok. Gula ini kalau buat dodol lagi sedap.


Rendang Sotong

Sambal Udang

Gula Melaka Asli dan Mee Sanggul

Pengat Pisangku...

Jom Shoping Raya...

Gelagat anak-anak buah bersama Atikah dan Aqil bershoping di Alor Setar. Tengok baju di kedai-kedai kawasan dengan Pekan Rabu. Cantik-cantik sangat tapi tidak beli apa-apa pun kerana baju raya kami sudah siap. Raya tahun ini kami ala kadar sahaja..chewah chewah

Posing dekat tangga pun jadilah

Aqil yang tidak puasa


Mak..kami sudah kepenatan...jom ler balik