Monday, September 21, 2009

10 jam

10 jam memandu dari Kuala Lumpur ke Alor Setar. Perjalanan yang tidak kurasai ketika kemuncak Haji. Perjalanan haji kami penuh keselesaan. Walaupun jutaan jemaah haji dari pelusuk dunia tapi Allah memudahkan segalanya bagi kami.

Kesesakkan jalan raya ini bermula dari Tanjung Malim . Makluman awal dari "Call Center" LLM tidak mematahkan semangat pulang ke kampung (tapi dalam hati ingin rasanya U-Turn dan beraya di Seremban). Pemanduan yang berhemah oleh Haji Rahim akhirnya kami selamat tiba di kampung Alor Setar. Pada saat coretan ini ditulis kedengaran siren bomba,polis dan ambulan lalu lalang di jalan utama (rumah kami tepi jalan utama). Entah apa yang berlaku kami kurang pasti. Hanya bersyukur perjalanan kami selamat walaupun penuh dugaan.







Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin dan berhati-hati di jalan raya.


Nota: Mulakan perjalanan dengan solat sunat musafir serta diiringi doa serta dendangan bacaan Al-quran serta zikir. Insyaallah perjalanan di berkati olehNya.

2 comments:

  1. syoknye balik utara.. zt tahun ni beraya kat melaka je, umah bapak.. selalunya pas raya pertama di melaka kami btolak ke kedah.. tp alhamdulillah, raya still meriah w/pun di melaka je :)

    ReplyDelete
  2. kak n...emy bertolak ke jitra, ari jumaat petang 18/9 aritu...then mlm td, sampai kl semula....24/9...alhamdulillah, 5-6 jam dh sampai pergi & blk...xde la laju sgt bwk keta tp time kami blk ke kg & blk smula ke kl, xbyk pulak keta atas jln...

    ReplyDelete