Wednesday, October 28, 2009

Mina - melontar Jamrat

Syukur kepadaNya kerana Allah mengizinkan kami untuk berada di Maktab yang paling hampir dengan tempat melontar. Saya memang merasakan Allah betul-betul mengizinkan saya dan suami menjadi TetamuNya kerana Allah melapangkan segala urusan haji kami sejak kami mula meniti perjalanan haji ini.

Bersama-sama kami ialah jemaah haji Pakej TH. Kemudahan yang disediakan di penginapan di Mina ini amat lengkap cuma jemaah perlu sabar. Kenapa sabar menjadi perkara utama ditekankan sepanjang ibadah haji ini. Sukar untuk saya ungkapkan kerana ianya perlu dihayati oleh setiap jemaah haji seterusnya.

Jemaah belum ramai di khemah, maka saya merehatkan badan yang letih sementara menanti waktu Subuh. Ketika ruangan khemah yang lapang sudah dipenuhi , saya merasakan kepadatan yang teramat. Padat kerana ruangan yang diberi tidak sama semasa di Padang Arafah. Berkat kesepakatan jemaah haji wanita dalam khemah kami maka kepadatan itu dapat diatasi. Di sini jugalah kita akan lihat beberapa adegan-adegan yang mungkin mencuit hati tapi AWAS dan hulurkanlah pertolongan setakat yang kita mampu. Dengan keadaan khemah yang sama dan berada di tempat yang baru yang sama sifatnya maka ramailah yang akan kesesatan mencari bilik/ruangan khemah jemaah. Walaupun dilengkapi dengan maklumat penginapan di Mina terjadi juga perkara begini. Yang mencuit hati bila didapati jemaah mengatakan barang-barangnya hilang padahal mereka salah tempat/ruangan. Balik dari bilik air pun akan mengalami masalah yang sama juga. Belum lagi diceritakan keadaan di bilik air yang serba terhad itu. Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Mengetahui ketika itu dan kepadaMu kami bermohon.


Di hadapan Maktab 79- Mina

Terowong Moaisem


Keadaan luar terowong


Bersemangat untuk pergi melontar Qubra pada hari pertama.




Ya Allah lapangkan perjalanan kami dan mudahkan kami untuk melontar.


Ramainya..



Muzadliffah

Selesai kami berwukuf, pada malamnya selepas solat Isyak para jemaah bersiap sedia untuk bergerak ke Muzadliffah. Kami akan berada bermalam sementera di Muzadliffah. Bas akan mengambil kami di setiap lokasi penginapan jemaah di Arafah. Disini ujian menanti lagi. Kesabaran perlu ada. Para jemaah diminta beratur. Ketika ini juga saat hiba mengamit hati dan perasaan kerana teringat saat dimana sebentar tadi berakhirnya waktu wukuf. Kami bersyukur berada di Padang Arafah pada waktu Wukuf dengan keadaan yang sihat dan sempurna tanpa sebarang halangan.





Kenangan di Padang Arafah



Berdiri sambil tersenyum di dalam bas menuju Muzadliffah


Gembira dapat tempat duduk.


Berehat seketika sebelum mengutip batu


Haji Zainal dan Hajah Faridah



Umi dengan tekun mengira anak-anak batu. Pelbagai ragam mengutip anak-anak batu ini. Seronok sangat.



Suasana di Muzadilffah. Berehat sementara. Langit yang terang dengan suasanya yang amat nyaman pada malam itu.



Kenangan terindah di Muzadliffah



Ya Allah betapa Agunya kuasaMu. Begitu kami mengkaji hikmah setiap perbuatan haji ini. Mensyukuri segala nikmatMu yang telah Kau berikan kepada kami Ya Allah. Perhimpunan segala manusia di dunia ini tidak kira tua muda miskin kaya datang dari setiap pelosok negeri dengan niat yang sama perbuatan yang sama membuatkan hati ini insaf. Hiasilah hidup di dunia yang sementara ini dengan sesuatu yang bermanfaat. Terima kasih tidak terhingga kepada petugas Tabung Haji yang masih menjaga kebajikan jemaah hingga waktu ini.





Tuesday, October 20, 2009

Suasana Di Padang Arafah


Hari ini 20 Oktober 2009, Insyaallah jemaah penerbangan pertama akan berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji. Saat kegembiraan dapat menjadi Tetamu Allah pada ketika ini masih kami rasakan. Masih teringat lagi keadaan di Kelana Jaya sehingga sampai di KLIA dan seterusnya di Tanah Suci. Mungkin keadaan di Kelana Jaya pada saat ini penuh dengan jemaah serta keluarga yang menghantar. Begitu juga dengan peniaga-peniaga yang mencari rezeki disekitar Kompleks Haji Kelana Jaya.
Gambar di atas ialah suasa di Padang Arafah. Tinggal dua hari satu malam di Padang Arafah masih dalam ingatan. Menanti saat-saat Wukuf masa itu diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Terlalu peribadi menceritakan saat itu.

Dalam khemah serta kemudahan yang disediakan amat-amat selesa dan berpuas hati. Terasa semua perkara yang kami lalui amat mudah sekali. Syukur kepada Allah yang mengizinkan segalanya berlaku amat selesa dan mudah bagi kami.
Ya Allah, izinkan kami untuk ke Tanah Suci lagi bersama keluarga kami.Pangillah kami serulah kami Ya Allah.

Monday, October 19, 2009

Princess Atikah Nabilah

Entah apa-apa ragam si Atikah Nabilah sekarang.Pandai bergaya mengalah emaknya yang comel lote (hehehhe jangan marah). Mak dia dalam dalam "kabut-kabut"(speak versi seberang kerana tidak sempat merantau disana) sempat anakanda melaram yer. Inilah hasilnya menjelang harijadi Atikah Nabilah yang ke 4 tahun pada 21 Oktober 2009 nanti.