Wednesday, October 28, 2009

Mina - melontar Jamrat

Syukur kepadaNya kerana Allah mengizinkan kami untuk berada di Maktab yang paling hampir dengan tempat melontar. Saya memang merasakan Allah betul-betul mengizinkan saya dan suami menjadi TetamuNya kerana Allah melapangkan segala urusan haji kami sejak kami mula meniti perjalanan haji ini.

Bersama-sama kami ialah jemaah haji Pakej TH. Kemudahan yang disediakan di penginapan di Mina ini amat lengkap cuma jemaah perlu sabar. Kenapa sabar menjadi perkara utama ditekankan sepanjang ibadah haji ini. Sukar untuk saya ungkapkan kerana ianya perlu dihayati oleh setiap jemaah haji seterusnya.

Jemaah belum ramai di khemah, maka saya merehatkan badan yang letih sementara menanti waktu Subuh. Ketika ruangan khemah yang lapang sudah dipenuhi , saya merasakan kepadatan yang teramat. Padat kerana ruangan yang diberi tidak sama semasa di Padang Arafah. Berkat kesepakatan jemaah haji wanita dalam khemah kami maka kepadatan itu dapat diatasi. Di sini jugalah kita akan lihat beberapa adegan-adegan yang mungkin mencuit hati tapi AWAS dan hulurkanlah pertolongan setakat yang kita mampu. Dengan keadaan khemah yang sama dan berada di tempat yang baru yang sama sifatnya maka ramailah yang akan kesesatan mencari bilik/ruangan khemah jemaah. Walaupun dilengkapi dengan maklumat penginapan di Mina terjadi juga perkara begini. Yang mencuit hati bila didapati jemaah mengatakan barang-barangnya hilang padahal mereka salah tempat/ruangan. Balik dari bilik air pun akan mengalami masalah yang sama juga. Belum lagi diceritakan keadaan di bilik air yang serba terhad itu. Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Mengetahui ketika itu dan kepadaMu kami bermohon.


Di hadapan Maktab 79- Mina

Terowong Moaisem


Keadaan luar terowong


Bersemangat untuk pergi melontar Qubra pada hari pertama.




Ya Allah lapangkan perjalanan kami dan mudahkan kami untuk melontar.


Ramainya..



1 comment:

  1. jgn menipu....tak baik BERDOSA....NI KAN HAJI TAHUN LEPAS

    ReplyDelete