Selesai kami berwukuf, pada malamnya selepas solat Isyak para jemaah bersiap sedia untuk bergerak ke Muzadliffah. Kami akan berada bermalam sementera di Muzadliffah. Bas akan mengambil kami di setiap lokasi penginapan jemaah di Arafah. Disini ujian menanti lagi. Kesabaran perlu ada. Para jemaah diminta beratur. Ketika ini juga saat hiba mengamit hati dan perasaan kerana teringat saat dimana sebentar tadi berakhirnya waktu wukuf. Kami bersyukur berada di Padang Arafah pada waktu Wukuf dengan keadaan yang sihat dan sempurna tanpa sebarang halangan.
Kenangan di Padang Arafah
Umi dengan tekun mengira anak-anak batu. Pelbagai ragam mengutip anak-anak batu ini. Seronok sangat.
Ya Allah betapa Agunya kuasaMu. Begitu kami mengkaji hikmah setiap perbuatan haji ini. Mensyukuri segala nikmatMu yang telah Kau berikan kepada kami Ya Allah. Perhimpunan segala manusia di dunia ini tidak kira tua muda miskin kaya datang dari setiap pelosok negeri dengan niat yang sama perbuatan yang sama membuatkan hati ini insaf. Hiasilah hidup di dunia yang sementara ini dengan sesuatu yang bermanfaat. Terima kasih tidak terhingga kepada petugas Tabung Haji yang masih menjaga kebajikan jemaah hingga waktu ini.
0 comments:
Post a Comment