Monday, November 2, 2009

Konvoi Raya 2009


Raya memang sudah habis tapi ada kenangan beraya bersama Pakchek di Bagan Tengkorak Tanjung Karang yang belum diceritakan. Bermula dengan lebih kurang lapan buah kereta konvoi bersama. Jamuan pagi di Bukit Beruntung rumah Abang Long dan seterusnya makan tengahari di rumah Pakchek. Suasana gamat seketika di Tanjung Karang. Dengan ahlinya yang keluar sorang demi sorang dari kereta konvoi. Wah!!kami disambut oleh Pakchek sekeluarga serta Embah yang sudi menerima kunjungan kami. Kebetulan Pakchek sekeluarga dan Embah (keluarga mertua pakcikku) baru kembali dari menunaikan ibadah umrah sekaligus berhari raya di Mekah. Seronoknya mendengar cerita mereka beraya beramai-ramai di Mekah.

Kawasan rumah dan sekitar yang luas memberi peluang kepada kami untuk berehat sambil mencuci mata merehatkan minda. Jamuan tengahari yang sungguh lazat menambah keriangan semua. Kanak-kanak kecil seronok bermain serta gelak ketawa yang menunjukkan mereka juga gembira berkumpul beramai-ramai ini.

Konvoi raya diteruskan lagi ke destinasi Puncak Jalil. Rumah siapa pula yang sudi dikunjungi ini. Eh!! rumah kami rupanya. Terima kasih singgah di rumah kami. Kecil tapak tangan Stadium Bukit Jalil kami tadahkan. "Relax" semuanya bisa diatur. Masak ringkas beehoon goreng serta kuih raya. Permintaan air teh tarik istimewa dari Along Saha tidak kuhampakan. Tetapi tidak sempat kenangan bergambar di rumah kami. Akhir sekali beraya di Bangi rumah Abang Ngah.

No comments:

Post a Comment