Saturday, December 19, 2009

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya









Kenangan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Anak Ayah






Gambar yang diambil secara "candid". Aksi yang tidak dirancang melihatkan dua beranak ini makan dengan gaya yang tersendiri tapi ada persamaan. 

Saturday, December 12, 2009

Asyraf dan Farhan di Sogo


Lunch dengan Asyraf dan Farhan di Sogo.  Seronok dapat tunaikan janji untuk berjalan-jalan di Sogo semalam. 




Hidangan Mc Donalds pun ok gak.


Wah!! ini permintaan dari Farhan. Maklong dia pun layannnnn.


Farhan dan Asyraf menunjukkan menu siapa paling best hehehhe.


Bestnya!!!tapi tak dapat lawan kesedapan hidangan yang Uwan siapkan ketika bercuti di kampung Negeri Sembilan.


Aikk!!!menu tambahan lagi. Bestnya Farhan dan Asyraf berjalan dengan maklong dia. (maklong di belakang sedang membayar donut)


Bergambar ketika menuju ke Komuter. Besarnya beg Farhan.Macam hendak bercuti sebulan di rumah Maklong. Lain kali Farhan dan Asyraf bercuti di rumah Maklang yer.

Wednesday, December 9, 2009

Urusan Passport Muhammad Aqil


Panjangnya barisan. Ingatkan kita yang paling awal sampai. Hendak "potong Q" pak guard ada kat pintu masuk. Lokasi Pejabat Imigresen Wangsa Maju setelah mencuba nasib di Imigresen Damansara dan Putrajaya. Kenapa ramai sangat di semua lokasi ini?? Jawapannya sebab kerajaan umumkan harga pasport yang berbaloi-baloi nilainya dan dengan cuti-cuti umum menjelang tidak lama lagi ini.  Begitu juga dengan kami yang akan berangkat ke destinasi seterusnya hujung bulan dalam tahun ini.



Gelagat Aqil sepanjang berurusan di Imigresen Wangsa Maju.  Dari mula ambil gambar pasport sehinggalah mencop jari kanan dalam pasport. Aqil sudah ada pasport sendiri sekarang. Bolehlah emak ayah bawa kemana-mana destinasi Atikah dan Aqil hendak pergi. (dalam hati emak mereka yang nak berjalan sangat..)

Urusan kami selesai jam 2.30 petang. Aduhhh berapa jam kami di sana yer. Kenapa jadi begini.  Ada cadangan untuk meningkatkan perkhidmatan ini, sila kemukakan kepada saya.


Sunday, December 6, 2009

Terima kasih semua...

Terima kasih atas kehadiran anda semua.
Lokasi : Boulevard Hotel
05122009


Reunion Sekolah Kebangsaan Ampangan

Syukur Alhamdulillah pertemuan bersama rakan-rakan setelah 21 tahun meninggalkan sekolah rendah yang tercinta..Sekolah Kebangsaan Ampangan, Negeri Sembilan berjalan dengan lancar. Seronok yang teramat. Memang sukar dilupakan kenangan indah ketika kita di sekolah kan...Rasa tidak cukup masa untuk bersama dengan rakan-rakan semua. Dengan izin suami serta anak ditinggalkan bersama sepupunya maka SAYA dapat berpeluang sendirian bersama rakan-rakan.


Wednesday, December 2, 2009

Tuesday, December 1, 2009

Malam di Mina



Inilah pemandangan Mina di waktu malam yang sempat kami rakamkan.  Pada malam pertama kami kembali ke Mina semula kelihatan lautan manusia yang sedang melakukan pelbagai aktiviti. Bersama Haji Assarudin dan isteri kami menuju ke khemah kami semula.  Dugaan datang tanpa kami pinta.  Laluan untuk pulang ke khemah seperti yang kami maklum telah ditutup bagi membenarkan jemaah untuk melontar dan pulang melontar. Ya Allah apakah dugaan ini. Kami bukanlah dikatakan sesat tapi kami tidak berjumpa dengan jalan pulang sahaja. Bertanya dengan polis arab ibarat cakap itik dengan ayam sahaja.  Pengenalan diri kami untuk dibuat rujukan tidak dapat membantu.  Mungkin polis arab ini sudah keletihan namun bagi menunaikan tanggungjawab mereka melayan dan menjaga jutaan jemaah maka kami redha dengan ujian ini. Kami mencari-cari bendera Malaysia atau apa saja yang boleh menemukan kami dengan jemaah Malaysia. Berkat kesabaran akhirnya kami selamat tiba di Khemah Maktab 79.  Sepanjang pencarian itu juga kami berpeluang meninjau suasana malam di Mina dengan penuh rasa penuh kesyukuran dengan nikmat yang Allah berikan kepada jemaah Malaysia.  Bertapa syukurkan kita di uruskan oleh pihak Lembaga Urusan dan Tabung Haji.  Segala kebajikan jemaah mereka uruskan tanpa merasa penat. 

Melontar Jamarah


Haji Asaruddin dan isteri serta  Haji Nizzam dan isteri.




Lokasi di kawasan melontar Jamarat di tingkat paling atas.

Tiga lokasi melontar.

Jangan risau terdapat kemudahan di tempat melontar ini.


Sempat berposing di Jamarat.
 


Sungguh cepat masa berlalu. Kini setahun sudah bergelar Haji Muda. Kenangan menjalani ibadah masih dalam ingatan. Kesempatan cuti menyambut AidilAdha 2009 dengan menonton Siaran Langsung Suasana Haji di Mekah oleh RTM 1 dan Astro Oasis membuat kami mengingati sesuatu yang terindah di sana samada di Arafah, Muzadliffah dan Mina. Tiga lokasi yang mempunyai kenangan tersendiri.


Selesai melontar Jamrat di hari kedua, kami mengambil keputusan untuk kembali ke Mekah.  Bukan tidak tahan dengan ujian ketika berada di Mina. Kami merasakan ada sesuatu yang patut kami terokai di luar khemah dan di sepanjang perjalanan dari Mina ke Mekah.  Alhamdulillah berkat doa dan berkat di Tanah Suci dengan kesihatanku yang amat cemerlang maka saya dapat berjalan kaki dari Mina ke Mekah selama tiga hari berturut. Syukur. Pelbagai senario boleh dilihat dan bila diamati bertapa kita jemaah dari Malaysia amat bertuah diuruskan oleh pihak Tabung Haji.