Tuesday, December 1, 2009

Malam di Mina



Inilah pemandangan Mina di waktu malam yang sempat kami rakamkan.  Pada malam pertama kami kembali ke Mina semula kelihatan lautan manusia yang sedang melakukan pelbagai aktiviti. Bersama Haji Assarudin dan isteri kami menuju ke khemah kami semula.  Dugaan datang tanpa kami pinta.  Laluan untuk pulang ke khemah seperti yang kami maklum telah ditutup bagi membenarkan jemaah untuk melontar dan pulang melontar. Ya Allah apakah dugaan ini. Kami bukanlah dikatakan sesat tapi kami tidak berjumpa dengan jalan pulang sahaja. Bertanya dengan polis arab ibarat cakap itik dengan ayam sahaja.  Pengenalan diri kami untuk dibuat rujukan tidak dapat membantu.  Mungkin polis arab ini sudah keletihan namun bagi menunaikan tanggungjawab mereka melayan dan menjaga jutaan jemaah maka kami redha dengan ujian ini. Kami mencari-cari bendera Malaysia atau apa saja yang boleh menemukan kami dengan jemaah Malaysia. Berkat kesabaran akhirnya kami selamat tiba di Khemah Maktab 79.  Sepanjang pencarian itu juga kami berpeluang meninjau suasana malam di Mina dengan penuh rasa penuh kesyukuran dengan nikmat yang Allah berikan kepada jemaah Malaysia.  Bertapa syukurkan kita di uruskan oleh pihak Lembaga Urusan dan Tabung Haji.  Segala kebajikan jemaah mereka uruskan tanpa merasa penat. 

No comments:

Post a Comment