Wednesday, December 9, 2009

Urusan Passport Muhammad Aqil


Panjangnya barisan. Ingatkan kita yang paling awal sampai. Hendak "potong Q" pak guard ada kat pintu masuk. Lokasi Pejabat Imigresen Wangsa Maju setelah mencuba nasib di Imigresen Damansara dan Putrajaya. Kenapa ramai sangat di semua lokasi ini?? Jawapannya sebab kerajaan umumkan harga pasport yang berbaloi-baloi nilainya dan dengan cuti-cuti umum menjelang tidak lama lagi ini.  Begitu juga dengan kami yang akan berangkat ke destinasi seterusnya hujung bulan dalam tahun ini.



Gelagat Aqil sepanjang berurusan di Imigresen Wangsa Maju.  Dari mula ambil gambar pasport sehinggalah mencop jari kanan dalam pasport. Aqil sudah ada pasport sendiri sekarang. Bolehlah emak ayah bawa kemana-mana destinasi Atikah dan Aqil hendak pergi. (dalam hati emak mereka yang nak berjalan sangat..)

Urusan kami selesai jam 2.30 petang. Aduhhh berapa jam kami di sana yer. Kenapa jadi begini.  Ada cadangan untuk meningkatkan perkhidmatan ini, sila kemukakan kepada saya.


No comments:

Post a Comment