Saturday, December 19, 2009

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya









Kenangan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Anak Ayah






Gambar yang diambil secara "candid". Aksi yang tidak dirancang melihatkan dua beranak ini makan dengan gaya yang tersendiri tapi ada persamaan. 

Saturday, December 12, 2009

Asyraf dan Farhan di Sogo


Lunch dengan Asyraf dan Farhan di Sogo.  Seronok dapat tunaikan janji untuk berjalan-jalan di Sogo semalam. 




Hidangan Mc Donalds pun ok gak.


Wah!! ini permintaan dari Farhan. Maklong dia pun layannnnn.


Farhan dan Asyraf menunjukkan menu siapa paling best hehehhe.


Bestnya!!!tapi tak dapat lawan kesedapan hidangan yang Uwan siapkan ketika bercuti di kampung Negeri Sembilan.


Aikk!!!menu tambahan lagi. Bestnya Farhan dan Asyraf berjalan dengan maklong dia. (maklong di belakang sedang membayar donut)


Bergambar ketika menuju ke Komuter. Besarnya beg Farhan.Macam hendak bercuti sebulan di rumah Maklong. Lain kali Farhan dan Asyraf bercuti di rumah Maklang yer.

Wednesday, December 9, 2009

Urusan Passport Muhammad Aqil


Panjangnya barisan. Ingatkan kita yang paling awal sampai. Hendak "potong Q" pak guard ada kat pintu masuk. Lokasi Pejabat Imigresen Wangsa Maju setelah mencuba nasib di Imigresen Damansara dan Putrajaya. Kenapa ramai sangat di semua lokasi ini?? Jawapannya sebab kerajaan umumkan harga pasport yang berbaloi-baloi nilainya dan dengan cuti-cuti umum menjelang tidak lama lagi ini.  Begitu juga dengan kami yang akan berangkat ke destinasi seterusnya hujung bulan dalam tahun ini.



Gelagat Aqil sepanjang berurusan di Imigresen Wangsa Maju.  Dari mula ambil gambar pasport sehinggalah mencop jari kanan dalam pasport. Aqil sudah ada pasport sendiri sekarang. Bolehlah emak ayah bawa kemana-mana destinasi Atikah dan Aqil hendak pergi. (dalam hati emak mereka yang nak berjalan sangat..)

Urusan kami selesai jam 2.30 petang. Aduhhh berapa jam kami di sana yer. Kenapa jadi begini.  Ada cadangan untuk meningkatkan perkhidmatan ini, sila kemukakan kepada saya.


Sunday, December 6, 2009

Terima kasih semua...

Terima kasih atas kehadiran anda semua.
Lokasi : Boulevard Hotel
05122009


Reunion Sekolah Kebangsaan Ampangan

Syukur Alhamdulillah pertemuan bersama rakan-rakan setelah 21 tahun meninggalkan sekolah rendah yang tercinta..Sekolah Kebangsaan Ampangan, Negeri Sembilan berjalan dengan lancar. Seronok yang teramat. Memang sukar dilupakan kenangan indah ketika kita di sekolah kan...Rasa tidak cukup masa untuk bersama dengan rakan-rakan semua. Dengan izin suami serta anak ditinggalkan bersama sepupunya maka SAYA dapat berpeluang sendirian bersama rakan-rakan.


Wednesday, December 2, 2009

Di situ kami bermula...