Friday, March 20, 2009

TERIMA KASIH SEMUA....

Antara sumbangan/hadiah/cenderamata/doa yang kami dapat semasa Kursus Haji Perdana di Putrajaya, sumbangan Tabung Haji ketika mendaftar haji dan sumbangan dari TM ketika di Kelana Jaya yang masih ada dalam simpanan kami. Tidak lupa juga sumbangan/doa dari kaum keluarga , rakan-rakan, jemaah Surau dan jiran tetangga di Taman Bukti Ampangan, DBKL, Felda Plantations Sdn. Bhd. ,Mr Lim (Puncak Jalil) dan sesiapa jua yang mendoakan perjalanan haji kami ini.


1. Kicap Tamin = masih dalam simpanan kami kerana semasa di Makkah, saya guna kicap Tamin Hajjah Faridah (rakan sebilik di Maktab 79 Hotel Durrat Al Qouds No Bilik 1412 )




2. CCM = Penyumbang ubat seperti Panadol, Sloan's Rub ,Eye Glo dan macam-macam lagi



3. Ubat gigi Mukmin = hehehe…memang guna stok gigi mukmin nie pas-pas aje..moralnya walaupun dapat free spare ler satu lagi.



4. Beg sumbangan TM= handbag ku yang bernilai RM?K (coz tak bayar tambang haji tak dapat beg ini heheh) yang banyak berjasa. Setia bersama kemana-mana. Saya letak buku Sumbangan Tabung Haji serta doa-doa sampingan serta sebotol air zam-zam. Dalam beg itu juga saya letak doa-doa yang dikirim kaum keluarga dan kawan-kawan. Eh!!salinan doa-doa itu ada lagi ke idak yer?? Kalau tak boleh preview doa. Tapi saya kena minta kebenaran dari mereka dulu…boleh boleh boleh (upin..ipin)

5. Tikar sumbangan TM = masih lagi simpan tikar ini (tapi dok cari kat mana simpan). Amat berjasa ketika berada di Arafah, Mina dan Muzalifah.

6. Sejadah berzip dari SAPURA= sejadah yang praktikal boleh dibawa dan dibuka dimana-mana. Tempat saya letak semua stoking ker makanan ker dalam beg sejadah nie kalau tak bawak beg TM. Sekali buka macam-macam keluar heheh..suami selalu tegur tapi ianya sesuai dibawa ketika saya membuat umrah. Senang bawak satu beg sahaja…letak semua dalam satu beg. gambar kemudian ok.



7. MAXIS = sim kad pelbagai kegunaan. Download doa, talbiah, etc. canggih sangat nie.




8. Surah Yasin sumbangan dari Mukmin Ubat Gigi Halal.



9. Sos Cili Life (saiz paket kecil). Sesiapa yang akan ke Tanah Suci saya berpesan bawalah sos cili besar bersama anda. Kenapa??Tunggu...

10. Daging Ayam Masak Merah keluaran AYAMAS (masih mencari dimana simpan kerana tidak sempat bawa ke Makkah.



11. Senarai Semak Ibadah Haji
12. Risalah Perjalanan Haji




13. I-Talk bernilai RM5. Dapat telefon keluarga di Malaysia.


Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penaja-penaja serta semua yang terlibat di atas sumbangan dan doa kalian (mana yang tertinggal harap maaf ok). Terima Kasih daun keladi, kalau kami dapat pergi berilah lagi.

Buat Kakitangan dan Petugas Tabung Haji. Terima kasih atas perkhidmatan yang diberikan. TAHNIAH kerana berjaya menguruskan jemaah haji Muasasah 1429H/2008 dengan cemerlang.

Buat Bonda Hajjah Kamariah, jasamu dan pengorbanan mu menjaga anak-anak kecil kami siang dan malam tetap kami kenang selamanya.

Buat Ayahanda Haji Hamzah, kami bersyukur kerana perjalanan haji kami ini ayahanda doakan. Selalunya ayah mendoakan perjalanan jemaah haji lain tapi pada hari bersejarah itu ayah mendoakan sendiri perjalanan anak dan menantu ayah...Sedihnyaaa saat itu bila dikenangkan. Melangkah keluar dari rumah ketika azan dilaungkan oleh adik bongsu saya Haji Abdul Hafidz (Haji Muda juga tapi adik bertolak ke Makkah dari Mesir) Terima kasih yer apit..

Buat adik beradik saya dan kaum keluarga yang lain, terima kasih atas segalanya.

Buat Bonda Mertua Hajjah Zainab dan kaum keluarga besar suami saya . Kami tidak menyangka akhirnya kesembilan orang dapat berkumpul dan berjumpa dalam hari yang bersejarah itu. Buat anak manakan (anak buah loghat utara)...lain kali mai lagi ok. Maksu bawa jalan-jalan Kuala Lumpur ok.

Terima kasih jua kepada anakanda tercinta Atikah Nabilah dan Muhammad Aqil kerana mengizinkan ayah dan emak pergi ke Tanah Suci dengan senyuman…melambai-lambai tanda merestukan emak dan ayah pergi mengerjakan haji di Tanah Suci. Tapi kalau di `flashback’ saat-saat itu hanya Allah Maha Mengetahui perasaan kami meninggalkan mereka. Cabaran emosi bukanlah sesuatu yang buruk. Ianya sebuah perasaan yang berputik dari sifat kasih sayang. Meninggalkan anak-anak kecil untuk perjalanan Haji sememangnya menjemput mainan emosi. Perjalanan Haji bukanlah perjalanan pelancongan.
Insya Allah ada rezeki , panjang umur serta sihat kita semua pergi ke Tanah Suci sekeluarga ok.

Itu belum lagi cerita di Makkah. Lagi banyak sumbangan yang kami terima. Nantikan cerita selanjutnya.

SEMOGA ALLAH MEMBALAS SEMUA JASA BAIK ANDA SEMUA.

Thursday, March 19, 2009

CATATAN HAJI 2008/1429H



Pembaca yang dihormati, catatan pengalaman perjalanan haji kami ini ditulis sekadar dijadikan kenangan yang amat berharga supaya ianya tetap segar di ingatan kami. Namun, saya tetap manusia biasa dan saya bermohon Ya Allah, Jauhilah kami daripada perasaan riyak, takbur sombong dan angkuh sepanjang catatan saya ini.


Moga Allah memberikan sesuatu yang terbaik dalam perkongsian pengalaman ini nanti.





Wednesday, March 11, 2009

TANGISAN DALAM KEGEMBIRAAN


Pertengahan kursus intensif, kami mendapat surat dari Lembaga Urusan Tabung Haji yang menyatakan ANDA TERPILIH MENGERJAKAN HAJI 1429H/2008 (MENUNGGU). Ya Allah...mengalir airmata bila membaca surat tersebut. Alhamdulillah syukur kepadaNya. Walaupun MENUNGGU kami yakin kami tetap bersama-sama jemaah haji tahun ini..Kursus dilalui dengan penuh semangat. Sehingga satu hari (lupa tarikhnya) saya membuat panggilan ke Tabung Haji Contact Center atas urusan lain tapi jeng jeng jeng.. Antara dialog yang kelakar tapi amat menggembirakan hati ini sehingga menangis kegembiraan dan didengari oleh Petugas Call Center.



Cerita dah diringkaskan kepada perkara ini....


Siti Noor : Status Pusat Haji suami saya sudah ditukarkan ke KL ke belum?


Call Center: Puan, status pusat haji suami puan telah di tukarkan ke Kuala Lumpur dan sekarang diminta membuat passport.


Siti Noor : Eh!!mana u tahu passport suami saya dah tamat pulak nie.Memang kami buat passport di Seremban.


Call Centerr : Puan, Passport Haji bukan passport melancong.


Siti Noor : Apa lak dengan passport haji pulak nie…


Call Center : Puan dan suami puan terpilih mengerjakan haji tahun ini maka puan dan suami

diminta datang ke Pusat Haji Puan untuk membuat passport haji. Puan dan suami telah

membuat pemeriksaan kesihatan kan.


Siti Noor : (dengan nada peranjat dan mengalir airmata secara tiba-tiba , sebak suara tersekat-sekat bertanya ke Call Center) Betul ke dengan apa yang saya dengar.


Call Center : Ya. Dan Tahniah Puan dan suami semoga mendapat Haji yang Mabrur. Ada apa-apa yang boleh saya bantu


Siti Noor : Terima kasih (itu sahaja coz dah tak boleh cakap lagi...)




Inilah Passport Haji


Terharu.. lupa pulak nama petugas call center waktu tu....itulah saat paling gembira dalam hidupku menerima Jemputan menjadi Tetamu Allah.. ketika ini teringat atas coretan blog Dr Ridzwan Bakar ... Haji adalah Perjalanan Emosi.

HASRAT KAMI...



Haji Abdul Rahim dan Hajjah Siti Noor


“Dan serulah kepada manusia bagi mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang binatang yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.” (Al-Hajj:27)


Hasrat mengerjakan haji dalam usia yang muda adalah salah satu agenda saya dan suami setelah kami mengerjakan umrah. 2003 saya pergi bersama ayah dan emak coz time tu masih status bujang lagi hehe..2005 suami (dah kahwin pula) pelawa untuk ke Tanah Suci lagi bersama keluarga suami. Syukur rezeki Allah berikan kepada kami tak terhingga tapi Allah Maha Mengetahui segalanya, saya tidak dapat pergi kerana atas sebab-sebab tertentu. Maka sekembalinya suami dari umrah kami ke Tabung Haji untuk mendaftar haji. Dugaan masa pendaftaran amat menguji kesabaran kami.


Buku Akaun Simpanan Tabung Haji



Hasrat mendaftar di Tabung Haji Seremban tidak dapat dilaksanakan kerana pagi dan petang sistem off-line…sedih tapi ada hikmah disebaliknya (mungkin). Keesokkan hari kami ke Tabung Haji Jalan Ipoh (la nie Tabung Haji Maju Junction) Alhamdulillah semuanya selesai. Dengan pendaftaran haji sebanyak RM**** seorang kami dapat giliran pada tahun 2014. APA 2014!! Ya Allah masihkan sempat usia aku dan suami pada tahun itu ??Persoalan dihati. Namum dalam hati gembira tak terkira akhirnya kami merancang sesuatu ke arah Ibadah Haji tersebut...perjalanan haji kami sudah bermula.


”Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah” (Surah al-Baqarah, ayat 196)


Raya Aidil Fitri 2007 menjelang tiba, perasaan ingin mengunjungi Baitullah sering menjadi igauan mimpi. Kerap kali dibayangi Lambaian Kaabah..Sering bercerita kepada suami mengenainya. Begitu juga suamiku yang merasai panggilan Lambaian Kaabah yang membuat kami sepakat untuk pergi mengerjakan haji 2008.Terima kasih suamiku kerana memahami hasrat isterinya yang berazam ke Tanah Suci dalam tahun 2008.


March 2008, kami memulakan kursus haji bersiri di Surau Al-Furqan Putrajaya. Walaupun pada waktu itu kami tidak tahu apa status kami. Dugaan pada waktu ini, anak kecil Atikah Nabilah dan Muhammad Aqil

ditinggalkan di rumah bersama pembantu rumah yang kami kenang jasanya..Erma Supendi . Walaupun kamu tiada lagi bekerja dengan kami jasamu tetap kami kenang..Terima kasih dari ibu dan bapak. (sedih mengalir air mata ketika mengingat saat menghadiri kursus haji ini). Berkat kesabaran kami selesai menghadiri kursus bersiri, kursus Intensif di Masjid Saidina Uthman Ibn Affan R.A, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur dan Kursus Perdana di Masjid Putra, Putrajaya.



Kursus Perdana, Masjid Putra, Putrajaya






Friday, March 6, 2009

Raihan-Haji Menuju Allah

Haji Menuju Allah
Album : Syukur 21
Munsyid : Raihan



Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba


terimbau kenangan semasa mengerjakan Ibadah Haji 1429H pada tahun 2008. satu kenangan yang tak dapat dilupakan. sehingga hari ini dah sehingga lagu ini berkumandang..perasaan gembira, sedih, rindu, terharu dan pelbagai perasaan timbul bila mengenangkan kenangan berada di Tanah Suci. walaupun ini merupakan kunjungan kedua setelah umrah pada 2003. Umrah dan Haji satu Ibadah yang penuh dengan keinsafan...ikuti citer seterusnya.. lagu ini sebagai pembuka bicara pertama mencoret kenangan mengerjakan Haji di Tanah Suci bersama suami tercinta..Haji Abdul Rahim. Ikuti cerita seterusnya bersama Haji dan Hajjah Muda...